CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 28, 2009

Aktiviti 2 (Kumpulan) -- Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar

1. Masalah yang dihadapi:
a. kekurangan pengetahuan isi kandungan (content knowledge)
b. lemah dalam kawalan kelas
c. terlalu bergantung kepada ICT (Powerpoint dan sebagainya)

2. Penambahbaikan / strategi untuk mengatasi masalah:

a. kekurangan pengetahuan isi kandungan (content knowledge)

-tingkatkan pembacaan melalui pelbagai media
-pembelajaran sepanjang hayat
-mengambil inisiatif sendiri untuk menyertai kursus, seminar atau membuat bengkel perkongsian maklumat.

b. lemah dalam kawalan kelas
- memperbaiki kemahiran komunikasi
- menigkatkan keterampilan guru, membentuk perwatakan sebagai seorang guru yang berkeyakinan dan berilmu pengetahuan
- mengaplikasikan teori tingkah laku, teori pengurusan bilik darjah dan teori motivasi

c. terlalu bergantung kepada ICT (Powerpoint dan sebagainya)
- membuat persediaan awal yang lebih terancang
- mempelbagaikan penggunaan BBM untuk menarik perhatian pelajar

3. Matlamat:
menyediakan diri sebagai guru yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kreatif dan kritis

4. Objektif
-Menambahkan ilmu pengetahuan dalam sesuatu topik khusus dalam bidang biologi sebagai persediaan untuk menjawab sebarang persoalan yang bakal dikemukakan pelajar.
-Meningkatkan kemahiran pengawalan kelas yang berkesan.
-Menjana kreativiti untuk menjadikan aktiviti pengajaran lebih menarik.

5. Pengumpulan data
-membuat penilaian formatif terhadap pelajar (dari aspek isi kandungan pembelajaran) dari semasa ke semasa
-membuat soalan uji diri yang dapat diperolehi melalui buku-buku rujukan, internet dan sebagainya untuk mengetahui tahap pengetahuan dan penguasaan diri terhadap sesuatu isi kandungan pembelajaran
-membuat soal selidik penilaian guru dari perspektif pelajar

6. Pemantauan:
· membuat refleksi diri dari semasa ke semasa
· membuat ‘checklist’ untuk memastikan setiap langkah penambahbaikan sentiasa dipratikkan

7. Penilaian
-mendapatkan maklumbalas daripada pelajar dan rakan sekerja tentang penambahbaikan yang dilaksanakan
-meninjau semula dan menilai perkara-perkara dalam ‘checklist’ penambahbaikan berdasarkan data yang diperolehi untuk mengenalpasti masalah atau pencapaian yang diperolehi.

Aktiviti 1--- Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru

Penambahbaikan yang perlu ada dalam diri
1. Saya ingin menjadi individu yang lebih peramah dan boleh menonjolkan kelebihan diri,
2. Berani menyuarakan pendapat,
3. Berani untuk menawarkan diri (sukarela) untuk sesuatu perkara,
4. Meningkatkan keyakinan diri.

Untuk menambahbaik masalah yang saya hadapi, saya perlu menetapkan matlamat dan objektif sebelum melakukan tindakan yang selanjutnya:
Matlamat --> untuk menjadi pendidik yang versatil dan holistik sebagai role model kepada pelajar.
Objektif --> 1. meningkatkan motivasi intrinsik
2. mengubah sifat negatif yang ada pada diri
3. merapatkan silaturrahim antara sesama rakan DPLI

Pelan tindakan

Langkah-langkah yang perlu diambil.
1. Memulakan dahulu perbualan dengan rakan baru dengan mencari topik perbualan yang berkaitan dengan keadaan semasa. Membaca buku motivasi untuk meningkatkan estim kendiri dan aplikasikan teori dalam buku tersebut pada kumpulan kecil dahulu.
2. Menyuarakan pendapat dalam komuniti kecil dahulu dan harus yakin dengan pendapat diri sendiri. Saya akan menyuarakan pendapat walaupun pendapat saya itu tidak diterima ramai.
3. Sekiranya ada sesuatu perkara yang memerlukan sukarelawan saya akan menawarkan diri untuk menjadi sukarela.
4. Untuk meningkatkan keyakinan diri, efikasi kendiri yang tinggi dan motivasi intrinsik sangat penting dan beranggapan apa yang orang lain boleh buat, saya juga boleh buat.

Pengumpulan data
1. Melalui pembacaan iaitu menjalankan penyelidikan atau kajian sendiri
2. Membuat soal selidik mengenai pendapat orang lain mengenai diri saya
3. Bertanya terus kepada rakan

Pemantauan
1. Sentiasa membuat refleksi sepanjang fasa pelaksanaan, adakah tindakan yang dilakukan mengikut segala perancangan.

Penilaian
1. Melihat kepada hasil tindakan, adakah pelaksanaan berjalan mengikut objektif.
2. Melihat kepada perubahan positif dalam diri.
3. Menilai keadaan diri sendiri, samada dapat merapatkan silaturrahim atau menambahkan bilangan rakan.

Saturday, April 25, 2009

Nota Minggu 1-- Pengenalan

Kajian tindakan

Kajian tindakan merupakan proses refleksi kendiri yang dilakukan oleh guru sebagai penilaian terhadap tindakan yang di buat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasnya atau dengan kata lain ia melibatkan kajian terhadap amalan guru itu sendiri di dalam kelas. Kajian tindakan dilakukan secara bersistematik dengan meneliti, menyelidik dan mengkaji sesuatu amalan untuk menambahbaik teknik atau strategi untuk memberi impak yang maksima terhadap pembelajaran pelajar. Pelbagai teori pengajaran dapat dilakukan oleh guru secara kaedah cuba jaya melalui praktis di dalam bilik darjah. Ini kerana pendekatan strategi yang berbeza dikenakan mengikut situasi tertentu contohnya latar belakang pelajar, kedudukan sekolah, tahap kognitif pelajar dan lain-lain. Oleh itu, guru tidak boleh statik dengan gaya pengajarannya dan boleh mempelbagaikan teknik pengajaran selaras dengan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Sekiranya sesuatu strategi yang telah dipilih oleh guru tidak berjaya, guru tersebut akan membuat penilaian terhadap amalannya secara bertulis (laporan) setelah mengenalpasti masalah dan menjalankan kajian tertentu. Terdapat 4 jenis kajian tindakan iaitu individu, kolaboratif, sekolah dan daerah. Kajian tindakan oleh guru secara individu memberi fokus kepada sesuatu isu dalam bilik darjah yang melibatkan guru itu sendiri. Kajian tindakan kolaboratif melibatkan dua atau lebih orang guru iaitu guru-guru dalam bidang yang sama, guru-guru dalam pelbagai subjek dan guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti. Ia fokus kepada sesuatu isu yang sama dalam peringkat kelas. Kajian tindakan sekolah pula memberi fokus kepada satu isu yang sama di peringkat sekolah contohnya menggalakkan penyertaan pelajar dalam Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah. Manakala kajian tindakan peringkat daerah memberi fokus kepada satu isu yang sama dalam kalangan beberapa sekolah dalam daerah yang sama.

Contoh masalah untuk kajian tindakan:
Cikgu Assarah mengarahkan pelajarnya untuk turun ke padang bagi kelas pendidikan jasmani dan kesihatan sebelum bunyi loceng pertama iaitu pada pukul 7.30 pagi. Di dapati pada jam 7.40 iaitu setelah bunyi loceng pertama, hanya 20 pelajar daripada 35 pelajar keseluruhan dalam kelas tersebut berada di padang. Manakala 15 orang lagi masih dalam perjalanan ke padang dan selebihnya berada di dalam tandas untuk menukar pakaian sukan. Cikgu Assarah mendapati caranya mengarahkan pelajar tidak berkesan kerana tidak semua pelajar dapat berkumpul di padang dalam masa yan ditetapkan. Jadi, dia mengenalpasti masalah yang berlaku sehingga menyebabkan hanya sebahagian pelajar yang hadir ke padang tepat pada masanya. Sebagai refleksi kepada strategi pengajaran pilihannya, beliau membuat penyelidikan dan menganalisis maklumat yang menjadi punca masalah. Seterusnya menyenaraikan cadangan strategi yang bakal diimplementasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Penyenaraian strategi ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah terbaik yang dapat dilaksanakan agar pelajar dapat berkumpul di padang dalam keadaan yang teratur dalam masa yang ditetapkan.