CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 24, 2009

Tugasan 2: Ulasan dan analisis artikel jurnal

Lakukan perbandingan (persamaan dan perbezaan), penganalisaan, penilaian, perumusan dan pengsintesisan dari segi sampel, setting, prosedur kajian tindakan, pengumpulan dan penganalisaan data yang telah ditulis oleh penulis artikel

1. Ahrens, B. C. 2005. Finding a new way: reinventing a sixth-grade reading program. International Reading Association: 642-654.
2. Brown, H. 2004. Action research in the classroom: a process that feeds the spirit of the adolescent. International Journal of Qualitative Methods 3(1)
3. Lyle, S. 2003. A study of the academic productiveness of a daily thirty-minute choice period for six kindergarten children. Wisdom of Practice: An Online Journal of Action Research.

Perbandingan (perbezaan dan persamaan) dan analisis

1.Sampel
Kajian Ahrens (2005) melibatkan keseluruhan murid gred 6 disekolahnya dan guru-guru bahasa inggeris yang mengajar kelas tersebut, Brown (2004) menjalankan kajian ke atas 16 orang pelajar berusia 13-14 tahun yang terdiri daripada 7 perempuan dan 9 lelaki, manakala Lyle (2003) memilih 6 orang kanak-kanak tadika yang terdiri daripada 2 orang kanak-kanak berpencapaian akademik tinggi, 2 sederhana dan 2 pencapaian akademik rendah. Terdapat sample kedua iaitu 2 orang guru tadika


2. Setting
Ahrens (2005) menjalankan kajian tindakannya di middle school California utara (bilik darjah), manakala Brown (2004) menjalankan kajian tindakan di middle school iaitu sekolah beliau bertugas (bilik darjah) dan Lyle (2003) menjalankan kajian tindakan di tadika tempatnya mengajar (bilik darjah).

3. Prosedur
Ahrens (2005) menentukan masalah yang wujud dalam tindakannya dalam kelas Bahasa Inggeris di bawah kendaliannya. Beliau ingin melaksanakan program baru yang dipelajari di universiti, untuk meningkatkan kemahiran muridnya untuk membaca. Seterusnya beliau menentukan cara untuk membuat penilaian terhadap tahap pembacaan murid. Kemudian beliau memperkenalkan dan menerangkan kaedah mengajar baru kepada guru setiap guru kelas termasuklah cara untuk mengumpul data ke atas perkembangan setiap pelajar. setelah itu beliau dan guru-guru lain melaksanakan program baru ini kepada pelajar. selepas itu, beliau mula mengumpul data dan penganalisaan data. Ahrens telah menggunakan pendekatan analisa isu dan pengalaman utama iaitu memilih sekumpulan pelajar yang tertentu, melihat semula data yang diperolehi serta membuat hubungkait antara pencapaian pelajar dengan isu utama. Ahrens juga menyatakan kelemahan program baru yang telah dilaksanakannya dan mengubah cara asal pelaksanaan, ini telah masuk ke kitaran kajian tindakan yang kedua.

Brown (2004) menyatakan permasalahan (fokus) yang hendak dikaji iaitu untuk memupuk semangat dan menyuburkan jiwa remaja bagi membentuk persepsi kendiri yang positif, dan menyatakan peserta yang terlibat dalam kajian tindakannya. Brown juga membuat kajian literatur mengenai masalah ini yang pernah dikaji oleh penyelidik terdahulu, menetapkan fokus dan bentuk (kaedah) kajian, mendapatkan kebenaran (etika kajian). Kemudian beliau menjalankan aktiviti didalam kelasnya, seterusnya data mula dikumpul melaui soalan yang dikemukakan oleh Brown. Untuk menganalisa data (bacaan jurnal pelajar dan temubual), Brown mengkategorikan data yang diperolehi kepada tema-tema tertentu yang seterusnya digabungkan menjadi satu tema yang besar. dengan mengadaptasikan peringkat kualitatif Creswell (2002), Brown boleh megemukakan satu tema dalam data yang banyak. Melalui analisa data, Brown menemukan penyelesaian kepada fokus kajian ini.

Lyle (2003) menentukan permasalahan yang akan digunakan dalam kajian tindakannya (menentukan samada kanak-kanak tadika mendapat manfaat dari segi akademik daripada aktiviti bebas 30 minit), memilih peserta kajian dengan mendapatkan tandangan kebenaran ibubapa muridnya, menentukan cara untuk mengumpul data iaitu dengan pemerhatian, temubual dan melihat dokumen murid, membuat kajian kepustakaan terhadap hasil kerja penyelidik terdahulu, mempersembahkan data, menganalisis data dengan menganalisa isu dan pengalaman utama dan membuat kesimpulan keseluruhan ke atas kajian tindakannya.

4. Pengumpulan data
Ahrens (2005) membuat pengumpulan data melalui data kuantitatif, temubual, pemerhatian, data kualitatif (melalui refleksi kendirinya). Brown (2004) membuat pengumpulan data melalui jurnal yang dibuat sendiri oleh pelajarnya, setelah itu beliau membuat temubual dengan pelajar tersebut. Lyle (2003) pula membuat pemerhatian sendiri secara langsung dan rakaman kamera video, gambar artifak, dokumen, hasil kerja dan penglibatan murid pada setiap aktiviti dan temubual dengan 6 orang kanak-kanak ini.

5. Analisa data
Ahrens (2005) membuat analisa isu dan pengalaman utama dan analisa data kualitatif, Brown (2004) menganalisa data dengan mengkategori dan coding mengikut tema tertentu, analisa isu dan pengalaman utama dan jurnal yang merupakan refleksi kendirinya manakala Lyle (2003) menganalisa isu dan pengalaman utama dan data yang diperolehi daripada pemerhatian dan kamera video.

Penilaian

1. Sampel

-ketiga-tiga penulis telah memilih sampel yang tepat iaitu peserta kajian yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Disamping itu, pemilihan sampel atau peserta juga dibuat mengikut etuika tertentu kecuali Ahrens yang tidak menyatakan etika untuk pemilihan sampel.

2. Setting

- penulis telah membuat kajian tindakan di sekolah tempat mereka mengajar dan di dalam kelas mereka sendiri.

3. Prosedur

-berdasarkan buku Action research in Education oleh Ernie Stringer, ketiga-tiga penulis telah mengikut prosedur yang dikemukakan dalam buku ini. Namun, mungkin berbeza dari segi cara pengumpulan data dan pendekatan analisis data.

4. Pengumpulan dan penganalisaan data

- cara pengumpulan dan penganalisaan data yang dikemukakan oleh ketiga-tiga penulis adalah benar mengikut kepada buku Action Research in Education kerana kaedah yang dipraktikkan ada dinyatakan dalam buku ini.

Saturday, May 16, 2009

Sambungan: Tugasan 1 (Ulasan Buku)

5. Pengumpulan dan penganalisaan data

a. Instrumen kajian dan teknik pengumpulan data

Temubual
(a) untuk memahami bagaimana pengalaman pelajar dalam bilik darjah dan aktiviti di sekolah. Oleh itu guru dapat memahami dunia sebenar pelajar berdasarkan pengertian/ perspektif pelajar itu sendiri iaitu pelajar itu menceritakan sendiri pengalamannya kepada guru.
(b) Temubual juga menyediakan peluang kepada peserta kajian untuk membuat refleksi kendiri terhadap peristiwa yang berlaku dalam hidup mereka dan sebagai proses menambah kefahaman terhadap pengalaman sendiri.
(c) Untuk memulakan temubual, saling percaya antara penemubual dan pihak yang ditemubual amat penting supaya mereka merasa selesa untuk mendedahkan pengalaman kepada penemubual. Untuk itu, guru haruslah memperkenalkan diri, memberitahu isu yang akan ditemubual, meminta kebenaran untuk perbincangan mengenai isu terbabit dan berunding masa dan tempat yang sesuai untuk berjumpa.
(d) Teknik menyoal – Fasa pertama (grand tour questioning). Contoh: “Terangkan mengenai sekolah anda”. Fasa kedua (mini tour questions)- untuk mendalami isu yang dibincangkan. Contoh: “Boleh anda ceritakan bagaimana pelajar biasanya memulakan kerja”

Pemerhatian terhadap peserta
(i) Pengkaji memerhati kelakuan, tindakan atau peristiwa spesifik menggunakan jadual pemerhatian yang berstruktur.
(ii) Isu yang menjadi fokus untuk pemerhatian ialah:
- Orang: pelajar, guru, pentadbir, kakitangan
- Tempat: bilik darjah, kawasan bermain, pejabat, rumah, lokasi aktiviti
- Tindakan: tindakan yang dilakukan oleh peserta (contoh, pelajar yang memadam perkataan yang salah di dalam buku)
- Aktiviti: tindakan yang berkaitan (contoh, murid menulis cerita)
- Peristiwa: aktiviti yang berkaitan
- Objek: bangunan, perabot, peralatan, buku
- Tujuan: apa yang cuba dicapai
- Masa: masa, tempoh, kekerapan, turutan peristiwa dan aktiviti
- Perasaan: emosi dan tindakbalas terhadap individu, peristiwa, aktiviti dll.

Artifak: Dokumen, rekod, bahan dan peralatan
(i) Dokumen – guru boleh mendapatkan maklumat penting dengan menyemak semula dokumen. Dalam bilik darjah, silibus, kurikulum atau jadual boleh memberi maklumat.
(ii) Rekod – rekod peribadi pelajar
(iii) Kerja pelajar – guru boleh lihat kepelbagaian murid menjawab soalan, contoh untuk kerja murid, kerja murid yang tipikal
(iv) Perlatan, bahan dan kemudahan – buku, alat tulis, perabot, radas makmal, peralatan seni dan lain-lain boleh memberi kesan signifikan ke atas pembelajaran pelajar.

Soal selidik
(i) Untuk mendapatkan maklumat daripada sejumlah peserta yang ramai. Contoh, mendapatkan maklumat dari ibubapa
(ii) Menjalankan soal selidik
1. Menentukan tujuan, fokus dan peserta
2. Menjana atau mereka bentuk soalan
3. Respon – menyediakan format respon yang sesuai seperti dengan menggunakan skala berikut, bulatkan respon yang paling tepat; 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (neutral), 4 (setuju), 5 (sangat setuju)
4. Menyediakan maklumat reka bentuk kajian – beritahu respondan tujuan kajian dijalankan.
5. Percubaan – uji ketepatan ujian dengan mengadakan temubual dengan sebilangan peserta. Ubah suai soalan yang menimbulkan keraguan.
6. Mengendalikan soal selidik
7. Terima kasih kepada respondan
8. Analisa data

Maklumat kuantitatif: Data statistik dan data numerik
(i) Maklumat statistik menyediakan data yang relevan berdasarkan pentaksiran pembelajaran murid dan penilaian pencapaian guru. Selain itu, data statistik dan numerik juga dapat menjelaskan lagi fenomena yang berlaku dalam sesuatu kejadian contohnya bilangan murid perempuan dalam sekolah atau perbezaan pencapaian murid perempuan dan murid lelaki.
(ii) Jenis dan bentuk data kuantitatif
1. Pencapaian pelajar dalam ujian yang dibuat oleh guru setiap kali selepas habis sesuati sesi pengajaran
2. Ujian unit buku teks
3. Ujian umum – mengukur tahap kecerdasan, ciri-ciri personaliti, ujian oral dan pendengaran.
4. Kad laporan sekolah – menyenaraikan semua pencapaian pelajar dalam setiap subjek.
5. Rekod sekolah – menyediakan maklumat kuantitatif terhadap pencapaian, kebolehan, kelakuan pelajar.

Sorotan literatur
(i) Maklumat yang ada pada literatur yang mungkin berkaitan dengan kajian. Kajian kepustakaan ini dilihat sebagai sumber lain bersama-sama pandangan pihak berkepentingan (peserta) , pemerhatian yang membolehkan peserta kajian memahami isu yang sedang dikaji.
(ii) Pelbagai sumber seperti artikel akademik, jurnal akademik, buku dan lain-lain.
(iii) Maklumat yang didapati daripada kajian literatur digunakan sebagai sebahagian daripada proses refleksi dan analisis berterusan, maklumat yang akan dimasukkan untuk meningkatkan pemahaman dan bahan yang akan dimasukkan dalam laporan.

b. Teknik penganalisaan data


· Tujuan analisa data adalah untuk mengecilkan, menjelaskan kuantiti data yang besar dan memberi penjelasan dan meningkatkan kefahaman pihak yang berkepentingan mengenai isu kajian.
· Ada 2 pendekatan terhadap penganalisaan data
(a) Analisa isu dan pengalaman utama
(i) Pilih individu utama daripada setiap kumpulan pihak berkepentingan seperti murid, guru atau kakitangan.
(ii) Melihat semula data yang di dapati daripada individu yang dipilih.
(iii) Untuk setiap satu, kenalpasti isu yang berkaitan dengan kajian.
(iv) Kenalpasti ciri utama isu tersebut.
(v) Kenalpasti elemen pengalaman yang dikaitkan dengan setiap ciri.
(vi) Gunakan ciri dan elemen yang telah dikenalpasti untuk menghasilkan rangka kerja konsep dan idea yang menerangkan pengalaman setiap individu berdasarkan isu yang dikaji.
(vii)Membuat hubungkait: kenalpasti persamaan dan perbezaan antara ciri dan elemen dalam pengalaman setiap individu
(viii) Menggunakan rangka kerja untuk membuat laporan

(b) Pengkategorian dan 'coding'.
(i) Melihat semula data untuk setiap kumpulan pihak yang terlibat
(ii) Membahagikan data kepada unit-unit tertentu
(iii) Menghasilkan kategori, subkategori dan tema untuk mengenalpasti corak, hubungan serta kebiasaan dalam data
(iv) Mengaturkan perkara diatas kepada sistem kategori
(v) Melengkapkan analisis dengan maklumat daripada data bukan temubual.
(vi) Menggunakan sistem kategori untuk menyediakan konsep rangka kerja untuk menghasilkan laporan.

· Meningkatkan keberkesanan analisis data
(i) Menggabungkan analisis daripada pelbagai sumber termasuk maklumat kuantitatif untuk menyediakan asas untuk memahami dan menghasilkan penyelesaian efektif terhadap masalah kajian

· Analisis data secara kolaboratif
(ii) Kumpulan fokus berkerjasama untuk menganalisa data dan perkongsian maklumat.

6. Etika kajian tindakan


· Untuk melindungi kepentingan dan keselamatan peserta kajian supaya penyelidik tidak meletakkan peserta kajian didalam risiko secara langsung atau tidak langsung.
· Dalam kajian tindakan adalah penting untuk menganggap semua maklumat peserta kajian adalah sulit dan rahsia. Ini kerana berdasarkan sesuatu topik kajian, ianya melibatkan maruah dan harga diri peserta seperti penagihan dadah, penderaan fizikal dan lain-lain. Manakala jika hendak melaporkan maklumat yang telah dianalisa, hendaklah meminta kebenaran daripada peserta kajian, maklumat apa yang patut dikemukakan dan maklumat apa yang patut dirahsiakan.
· Kebenaran - biasanya tidak diperlukan apabila guru terlibat secara langsung dengan tugasnya dalam bilik darjah. Apabila guru terlibat dengan orang lain contohnya kakitangan sekolah, pelajarnya atau ibu bapa, guru hendaklah mendapatkan kebenaran secara rasmi untuk memulakan projek. Oleh kerana kajian tindakan adalah proses umum dimana kehidupan peribadi peserta kajian adalah berisiko, kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa seperti pengetua adalah dijamin. Dalam keadaan ini, guru perlu menyediakan maklumat mengenai proses kajian, tujuan kajian dijalankan dan etika apa yang akan dipertimbangkan dalam menjalankan kajian. Guru juga boleh melampirkan reka bentuk kajian untuk meminta kebenaran untuk meneruskan penyelidikan.
· Pemberitahuan izin- beritahu setiap peserta tujuan kajian, tanya samada mereka hendak menyertai, minta kebenaran untuk merekodkan maklumat yang mereka beri, yakinkan peserta kerahsiaan maklumat, beritahu peserta bahawa mereka boleh mengundurkan diri pada mana-mana peringkat dan maklumat yang diperolehi tidak akan dilaporkan dan meminta mereka menandatangani dokumen untuk mengesahkan kebenaran mereka.

7. Keboleh percayaan dan kesahan kajian tindakan


Kajian tindakan disahkan menerusi pengukuhan prosedur-prosedur berikut iaitu kredebiliti, boleh dipindahkan, kebolehpercayaan, kepastian, darjah penyertaan dan penggunaan. Semua ini dapat dicapai melalui:
· Usaha yang berterusan dan berpanjangan: penglibatan menyeluruh guru (penyelidik) sepanjang proses kajian dijalankan iaitu kekerapan berada di tempat kajian untuk mendapatkan kepercayaan daripada peserta kajian
· Pemerhatian yang berterusan atau berulang-ulang: tempoh masa temubual diantara 15-20 minit, jadi untuk mendapatkan maklumat yang terperinci dan tepat, temubual perlu diulang. Ini dilakukan untuk menambahkan ketepatan dan bahan yang sesuai oleh itu, guru perlu merekod bilangan dan tempoh masa yang digunakan sepanjang pemerhatian dan temubual.
· Triangulation: semua sumber data, termasuk tempat kajian, pemerhatian, temubual dengan peserta dan melihat semula bahan yang akan/telah digunakan. Sumber yang pelbagai dapat memberi banyak sumber yang cukup dan sesuai untuk membuat laporan sebagai penyelesaian kepada masalah yang dikaji
· Penerangan kepada peserta: peserta turut diberi penerangan supaya peserta lebih memahami tujuan kajian dijalankan sebagai proses untuk melihat semula prosedur kajian
· Analisis kes/data yang negatif: memastikan semua data diperiksa kerana kadangkala guru hanya memasukkan data peserta yang positif terhadap isu yang dikaji. Dalam keadaan ini,semua perspektif peserta diambilkira dan tanggapan daripada peserta yang penting atau berkuasa tidak meneggelamkan peserta yang lain.
· Kecukupan rujukan: bagaimana terminologi dalam kajian diolah daripada anggapan dan konsep yang bina daripada peserta.
· Semakan rakan: prosedur untuk menyemak ketepatan data dan kesesuaian analisa data dan laporan data. Peserta turut diberi peluang untuk melihat semula data mentah, data yang telah dianalisa dan laporan akhir supaya dapatan kajian dapat mewakili pengalaman dan perspektif peserta dengan menyeluruh dan tepat.
· Boleh diguna pakai: memasukkan huraian terperinci peserta dan konteks kajian supaya kajian yang dijalankan boleh digunapakai untuk setting kajian yang lain dan membolehkan orang lain ambil pengetahuan diperolehi daripada kajian.
· Kebolehbergantungan: menghuraikan proses kajian dengan terperinci supaya peserta boleh bergantung dengan hasil kajian.
· Kepastian: melihat atau menyemak semula semua data yang ada termasuk data mentah supaya peserta atau pemerhati lain dapat memastikan bahawa kajian ini dapat mewakili perspektif peserta secara menyeluruh dan tepat
· Penyertaan: had atau takat penyertaan peserta dalam proses kajian
· Penggunaan: sumber kesahan yang paling penting dalam kajian tindakan ialah penggunaan hasil atau output kajian, dimana peserta dapat menerangkan dan mentafsir sesuatu peristiwa yang membolehkan mereka mengambil tindakan efektif berkenaan isu yang dikaji supaya mereka boleh mengesahkan kajian yang telah dijalankan.

8. Penilaian keseluruhan terhadap buku ini
Buku ini sangat berguna bagi seseorang yang baru hendak berjinak-jinak melakukan kajian tindakan. Isi kandungan buku ini juga disusun dari tujuan menjalankan kajian tindakan, kaedah dan paradigma kajian tindakan, rekabentuk kajian, pengumpulan data, analisis data, membuat laporan, tindakan yang perlu dilakukan, kajian kes dan sumber-sumber dalam talian mengenai kajian tindakan. Oleh itu, bagi seorang beginner dalam kajian tindakan, saya dapat memahami peringkat demi peringkat yang terlibat dalam kajian tindakan. Namun begitu, untuk mendapatkan pemahaman penuh mengenai kajian tindakan, seseorang perlulah membaca buku ini berulang kali.

Wednesday, May 13, 2009

Tugasan 1- Ulasan Buku 'Action Research in Education'

1. Konsep kajian tindakan

Secara umumnya kajian tindakan bermaksud pengumpulan maklumat. Berbeza dengan kajian yang bersifat tradisional, kajian tindakan bertujuan untuk memperoleh maklumat untuk menyelesaikan masalah yang spesifik berkaitan dengan kerja mereka. Ianya turut menambah pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan mereka untuk membuat pelbagai pilihan dan pertimbangan tentang isu – isu kompleks untuk diserapkan dalam profesion mereka. Memerlukan seseorang mengubah cara mereka berfikir atau pandangan mereka terhadap dunia yang biasa mereka hadapi.

2. Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan

· Menyediakan asas kepada guru untuk membentuk penyelesaian yang efektif untuk bagi menangani masalah yang biasa di hadapi guru dalam bilik darjah contohnya pelajar yang kurang berminat untuk belajar.
· Sebagai alat berguna untuk perancangan sehari-hari dalam bilik darjah seperti rancangan mengajar, pembentukan strategi mengajar dan pentaksiran pelajar, perancangan silibus serta pembentukan dan penilaian kurikulum.
· Dalam satu bilik darjah, terdapat pelbagai jenis pelajar yang berbeza dari segi peringkat pencapaian akademik, jantina, personaliti, persekitaran keluarga , sosioekonomi, etnik dan latar belakang sosial. Oleh itu guru haruslah lebih kreatif dan proaktif dalam menjalankan pengajaran yang sesuai dengan perbezaan yang terdapat dalam setiap pelajar.

3. Reka bentuk kajian tindakan

- Model


- Sample/ participant
· Pelajar dalam bilik darjah guru yang menjalankan kajian tindakan.
· Kerjasama dengan guru daripada kelas lain.
· Pihak pentadbir sekolah
· Keluarga (ibu bapa)


·- Setting kajian
Ø Sekolah (bilik darjah, perkarangan sekolah, pejabat)
Ø Tempat lain, contohnya rumah, taman, restoran.

4. Prosedur kajian tindakan


A. REKABENTUK KAJIAN
MEMULAKAN KAJIAN
-Menetapkan tempat untuk kajian
-Menetapkan fokus kajian dan bentuk kajian
-Peserta
-Kajian kepustakaan
-Sumber-sumber maklumat
-Etika
-Kesahan kajian

B. PENGUMPULAN DATA
PENGUMPULAN MAKLUMAT

-Temubual
-Pemerhatian
-Membuat kajian semula terhadap dokumen, rekod dan bahan-bahan
-Data kuantitatif
-Kajian kepustakaan

C. ANALISIS DATA

MENGENALPASTI ISU DAN PENGALAMAN UTAMA

-Menganalisa pengalaman utama
-Mengkategori dan coding
-Menggabungkan data kuantitatif
-Menganalisis
-Menggunakan konsep dan kategori

D. LAPORAN
MENULIS LAPORAN
-Laporan rasmi
-Laporan naratif
-Laporan bersama
PEMBENTANGAN DAN PERSEMBAHAN
-Melalui drama,puisi, nyanyian, video, pembentangan power point dll.

E. TINDAKAN
REKA BENTUK PENYELESAIAN
-Menyelesaikan masalah
-Membentuk rancangan pengajaran
-Pembangunan kurikulum
-Penilaian
-Hubungan antara ibubapa dan komuniti setempat
-Perancangan pihak sekolah

Tuesday, May 12, 2009

Nota Minggu 4 -- Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan adalah sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel, seminar dan laporan. Ianya dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan
A strong literature review has the following properties:
-It is organized around issues, themes, factors, or variables that are related directly to your thesis or research question;
-It provides a good synthesis of what is, and is not, known;
-It indicates the theoretical framework with which you are working;
-It identifies areas of controversy and debate, or limitations in the literature sharing different perspectives;
-It places the formation of research questions in their historical context;
-It identifies the list of the authors that are engaged similar work. http://ccar.wikispaces.com/Review+Literature

Membandingkan dan membezakan

  1. Untuk mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
  2. kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan / untuk membuat pilihan atau keputusan
  3. Langkah penggunaan- perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data)

Menganalisis

  1. Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
  2. kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
  3. suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

Menilai

  1. Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
  2. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi membuat pilihan sesuatu perkara atau untuk menolak atau menerima sesuatu idea.

Membuat kesimpulan

  • membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

Membuat sintesis

  • menggabungkan idea,unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh.

Monday, May 11, 2009

Tugsan Dr.Izham

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

Sebab

  1. Mengganggu rutin hidup
  2. Ketidakpastian hasilan atau kesan
  3. Terpaksa membuat perancangan baru
  4. Bukan kehendak diri individu itu sendiri
  5. Hilang atau luput kepentingan atau status
  6. Masa yang digunakan untuk melaksanakan perubahan baru boleh digunakan untuk melakukan perkara rutin dengan lebih baik
  7. Tidak nampak keperluan atau kepentingan untuk berubah
  8. Kurang motivasi dalam diri

Cara penyelesaian

  1. Perlu ada sokongan atau rangsangan luar dan ganjaran
  2. Perlu bersikap positif dan proaktif
  3. Perlu menyediakan garis panduan yang jelas untuk perubahan yang bakal berlaku
  4. Mendapatkan persetujuan daripada semua ahli untuk melakukan perubahan

Saturday, May 9, 2009

Buku pilihan untuk ulasan buku kajian tindakan



Stringer, E. 2008. Action research in education. New Jersey: Pearson prentice hall.

Nama pengarang: Ernie Stringer
Tahun terbitan: 2008
Tajuk buku: Action research in education
Negeri penerbit: New Jersey
Nama penerbit: Pearson Prentice Hall

Nota Kuliah Minggu 3 - Pengurusan perubahan dalam pendidikan

Konsep perubahan dalam pendidikan

  • menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.
  • perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan
  • perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian
  • dalam pendidikan, ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda
  • pendidikann adalah satu bidang yang dinamik
  • perubahan dibuat melalui penyelidikan atau kajian

Jenis perubahan

Terdapat 4 jenis perubahan:

  1. perubahan ke arah peningkatan
  2. perubahan strategik organisasi
  3. perubahan reaktif
  4. perubahan akibat daripada jangkaan

Perubahan adalah kompleks

  • perubahan dikaitkan dnegan proses evolusi dan revolusi
  • evolusi - perubahan secara evolusi dikatakan sebgai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang, menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo
  • revolusi - perubahan yang pantas, yang akan meningggalkan kesan yang membinasakan
  • kompleksistin atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendpaatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplementasikan perubahan.

Perubahan itu multidimensi

  • sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan.
  • antara pertimbangan itu dalah untuk mengenalpasti semua dimensi ynag berkaitan dengan perubahan.
  • terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:

1. Tujuan perubahan

- perubahan dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu

- untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem

- perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan iaitu perubahan peringkat pertama, perubahan yang dibuat untuk kembali kepada perubahan asal yang diinginkan dan untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem itu tanpa mengubahnya. Perubahan peringkat kedua meibatkan pindaan ynag drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut.

2. Unit perubahan

- unit perubahan merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.

- unit perubahan terdiri daripada individu, pasukan, jabatan, organisasi, sistem organisasi dan komuniti.

-dalam mengimplementasikan perubahan, unit perubahan akan beranjak daripada individu kepada organisasi.

3. Sifat perubahan

- Daft (1983) menyatakan untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar, perlu melakuakn perubahan peringkat kecil terlebih dahulu. Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan degan usaha mengubah sikap, tingkahlaku atau kedua-dua sekali.

4. Magnitud perubahan

- merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasi.

- istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar. Perubahan dalam skala besar akan memberi hasilan yang menarik tetapi sukar diimplementasi manakala perubahan dalam skala yang kecil adalah lebih mudah diimplementasi tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan.

5. Skop perubahan

- skop terhadap sejauh mana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

6. Jangkamasa perubahan

-terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang beri kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang beri kesan yang sementara.

- Kottler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek telah mengenalpasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya iaitu perubahna yang berlaku secara spontan, tidak memberi kesan yang mendalam, perubahan minima yang dikecapi setelah melalui penentangan awal, dan berubahan berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal.

Model-model perubahan

1. Model penggabungan Roger

Proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti. Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal, atau jangkaan pembangunan akan datang. Apabila masalah atau keprluan tersebut telah dikenalpasti, penyelidik akan menyiasat permasalahn itu dan bagaimana ia akan diselesaikan.

2. Model Kanter

Struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama iaitu penjanaan data, membina data, realisasi data dan pemindahan data.

3. Model Rand

Menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan. Menmandu ke arah pengumpulan data dan analisis. Proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah iaitu daya usaha, implementasi dan penggabungan.

4. Model ACOT

Projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT). Kajian mengenai pengenalan komputer dalam bilik darjah. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam P&P telah berkembang secara beransur-ansur. Model ini mempunyai 5 langkah dalam P&P iaitu kemasukan, memilih, menyesuaikan, penggunaan dan merekacipta.

Tuesday, April 28, 2009

Aktiviti 2 (Kumpulan) -- Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar

1. Masalah yang dihadapi:
a. kekurangan pengetahuan isi kandungan (content knowledge)
b. lemah dalam kawalan kelas
c. terlalu bergantung kepada ICT (Powerpoint dan sebagainya)

2. Penambahbaikan / strategi untuk mengatasi masalah:

a. kekurangan pengetahuan isi kandungan (content knowledge)

-tingkatkan pembacaan melalui pelbagai media
-pembelajaran sepanjang hayat
-mengambil inisiatif sendiri untuk menyertai kursus, seminar atau membuat bengkel perkongsian maklumat.

b. lemah dalam kawalan kelas
- memperbaiki kemahiran komunikasi
- menigkatkan keterampilan guru, membentuk perwatakan sebagai seorang guru yang berkeyakinan dan berilmu pengetahuan
- mengaplikasikan teori tingkah laku, teori pengurusan bilik darjah dan teori motivasi

c. terlalu bergantung kepada ICT (Powerpoint dan sebagainya)
- membuat persediaan awal yang lebih terancang
- mempelbagaikan penggunaan BBM untuk menarik perhatian pelajar

3. Matlamat:
menyediakan diri sebagai guru yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kreatif dan kritis

4. Objektif
-Menambahkan ilmu pengetahuan dalam sesuatu topik khusus dalam bidang biologi sebagai persediaan untuk menjawab sebarang persoalan yang bakal dikemukakan pelajar.
-Meningkatkan kemahiran pengawalan kelas yang berkesan.
-Menjana kreativiti untuk menjadikan aktiviti pengajaran lebih menarik.

5. Pengumpulan data
-membuat penilaian formatif terhadap pelajar (dari aspek isi kandungan pembelajaran) dari semasa ke semasa
-membuat soalan uji diri yang dapat diperolehi melalui buku-buku rujukan, internet dan sebagainya untuk mengetahui tahap pengetahuan dan penguasaan diri terhadap sesuatu isi kandungan pembelajaran
-membuat soal selidik penilaian guru dari perspektif pelajar

6. Pemantauan:
· membuat refleksi diri dari semasa ke semasa
· membuat ‘checklist’ untuk memastikan setiap langkah penambahbaikan sentiasa dipratikkan

7. Penilaian
-mendapatkan maklumbalas daripada pelajar dan rakan sekerja tentang penambahbaikan yang dilaksanakan
-meninjau semula dan menilai perkara-perkara dalam ‘checklist’ penambahbaikan berdasarkan data yang diperolehi untuk mengenalpasti masalah atau pencapaian yang diperolehi.

Aktiviti 1--- Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru

Penambahbaikan yang perlu ada dalam diri
1. Saya ingin menjadi individu yang lebih peramah dan boleh menonjolkan kelebihan diri,
2. Berani menyuarakan pendapat,
3. Berani untuk menawarkan diri (sukarela) untuk sesuatu perkara,
4. Meningkatkan keyakinan diri.

Untuk menambahbaik masalah yang saya hadapi, saya perlu menetapkan matlamat dan objektif sebelum melakukan tindakan yang selanjutnya:
Matlamat --> untuk menjadi pendidik yang versatil dan holistik sebagai role model kepada pelajar.
Objektif --> 1. meningkatkan motivasi intrinsik
2. mengubah sifat negatif yang ada pada diri
3. merapatkan silaturrahim antara sesama rakan DPLI

Pelan tindakan

Langkah-langkah yang perlu diambil.
1. Memulakan dahulu perbualan dengan rakan baru dengan mencari topik perbualan yang berkaitan dengan keadaan semasa. Membaca buku motivasi untuk meningkatkan estim kendiri dan aplikasikan teori dalam buku tersebut pada kumpulan kecil dahulu.
2. Menyuarakan pendapat dalam komuniti kecil dahulu dan harus yakin dengan pendapat diri sendiri. Saya akan menyuarakan pendapat walaupun pendapat saya itu tidak diterima ramai.
3. Sekiranya ada sesuatu perkara yang memerlukan sukarelawan saya akan menawarkan diri untuk menjadi sukarela.
4. Untuk meningkatkan keyakinan diri, efikasi kendiri yang tinggi dan motivasi intrinsik sangat penting dan beranggapan apa yang orang lain boleh buat, saya juga boleh buat.

Pengumpulan data
1. Melalui pembacaan iaitu menjalankan penyelidikan atau kajian sendiri
2. Membuat soal selidik mengenai pendapat orang lain mengenai diri saya
3. Bertanya terus kepada rakan

Pemantauan
1. Sentiasa membuat refleksi sepanjang fasa pelaksanaan, adakah tindakan yang dilakukan mengikut segala perancangan.

Penilaian
1. Melihat kepada hasil tindakan, adakah pelaksanaan berjalan mengikut objektif.
2. Melihat kepada perubahan positif dalam diri.
3. Menilai keadaan diri sendiri, samada dapat merapatkan silaturrahim atau menambahkan bilangan rakan.

Saturday, April 25, 2009

Nota Minggu 1-- Pengenalan

Kajian tindakan

Kajian tindakan merupakan proses refleksi kendiri yang dilakukan oleh guru sebagai penilaian terhadap tindakan yang di buat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasnya atau dengan kata lain ia melibatkan kajian terhadap amalan guru itu sendiri di dalam kelas. Kajian tindakan dilakukan secara bersistematik dengan meneliti, menyelidik dan mengkaji sesuatu amalan untuk menambahbaik teknik atau strategi untuk memberi impak yang maksima terhadap pembelajaran pelajar. Pelbagai teori pengajaran dapat dilakukan oleh guru secara kaedah cuba jaya melalui praktis di dalam bilik darjah. Ini kerana pendekatan strategi yang berbeza dikenakan mengikut situasi tertentu contohnya latar belakang pelajar, kedudukan sekolah, tahap kognitif pelajar dan lain-lain. Oleh itu, guru tidak boleh statik dengan gaya pengajarannya dan boleh mempelbagaikan teknik pengajaran selaras dengan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Sekiranya sesuatu strategi yang telah dipilih oleh guru tidak berjaya, guru tersebut akan membuat penilaian terhadap amalannya secara bertulis (laporan) setelah mengenalpasti masalah dan menjalankan kajian tertentu. Terdapat 4 jenis kajian tindakan iaitu individu, kolaboratif, sekolah dan daerah. Kajian tindakan oleh guru secara individu memberi fokus kepada sesuatu isu dalam bilik darjah yang melibatkan guru itu sendiri. Kajian tindakan kolaboratif melibatkan dua atau lebih orang guru iaitu guru-guru dalam bidang yang sama, guru-guru dalam pelbagai subjek dan guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti. Ia fokus kepada sesuatu isu yang sama dalam peringkat kelas. Kajian tindakan sekolah pula memberi fokus kepada satu isu yang sama di peringkat sekolah contohnya menggalakkan penyertaan pelajar dalam Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah. Manakala kajian tindakan peringkat daerah memberi fokus kepada satu isu yang sama dalam kalangan beberapa sekolah dalam daerah yang sama.

Contoh masalah untuk kajian tindakan:
Cikgu Assarah mengarahkan pelajarnya untuk turun ke padang bagi kelas pendidikan jasmani dan kesihatan sebelum bunyi loceng pertama iaitu pada pukul 7.30 pagi. Di dapati pada jam 7.40 iaitu setelah bunyi loceng pertama, hanya 20 pelajar daripada 35 pelajar keseluruhan dalam kelas tersebut berada di padang. Manakala 15 orang lagi masih dalam perjalanan ke padang dan selebihnya berada di dalam tandas untuk menukar pakaian sukan. Cikgu Assarah mendapati caranya mengarahkan pelajar tidak berkesan kerana tidak semua pelajar dapat berkumpul di padang dalam masa yan ditetapkan. Jadi, dia mengenalpasti masalah yang berlaku sehingga menyebabkan hanya sebahagian pelajar yang hadir ke padang tepat pada masanya. Sebagai refleksi kepada strategi pengajaran pilihannya, beliau membuat penyelidikan dan menganalisis maklumat yang menjadi punca masalah. Seterusnya menyenaraikan cadangan strategi yang bakal diimplementasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Penyenaraian strategi ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah terbaik yang dapat dilaksanakan agar pelajar dapat berkumpul di padang dalam keadaan yang teratur dalam masa yang ditetapkan.