CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 16, 2009

Sambungan: Tugasan 1 (Ulasan Buku)

5. Pengumpulan dan penganalisaan data

a. Instrumen kajian dan teknik pengumpulan data

Temubual
(a) untuk memahami bagaimana pengalaman pelajar dalam bilik darjah dan aktiviti di sekolah. Oleh itu guru dapat memahami dunia sebenar pelajar berdasarkan pengertian/ perspektif pelajar itu sendiri iaitu pelajar itu menceritakan sendiri pengalamannya kepada guru.
(b) Temubual juga menyediakan peluang kepada peserta kajian untuk membuat refleksi kendiri terhadap peristiwa yang berlaku dalam hidup mereka dan sebagai proses menambah kefahaman terhadap pengalaman sendiri.
(c) Untuk memulakan temubual, saling percaya antara penemubual dan pihak yang ditemubual amat penting supaya mereka merasa selesa untuk mendedahkan pengalaman kepada penemubual. Untuk itu, guru haruslah memperkenalkan diri, memberitahu isu yang akan ditemubual, meminta kebenaran untuk perbincangan mengenai isu terbabit dan berunding masa dan tempat yang sesuai untuk berjumpa.
(d) Teknik menyoal – Fasa pertama (grand tour questioning). Contoh: “Terangkan mengenai sekolah anda”. Fasa kedua (mini tour questions)- untuk mendalami isu yang dibincangkan. Contoh: “Boleh anda ceritakan bagaimana pelajar biasanya memulakan kerja”

Pemerhatian terhadap peserta
(i) Pengkaji memerhati kelakuan, tindakan atau peristiwa spesifik menggunakan jadual pemerhatian yang berstruktur.
(ii) Isu yang menjadi fokus untuk pemerhatian ialah:
- Orang: pelajar, guru, pentadbir, kakitangan
- Tempat: bilik darjah, kawasan bermain, pejabat, rumah, lokasi aktiviti
- Tindakan: tindakan yang dilakukan oleh peserta (contoh, pelajar yang memadam perkataan yang salah di dalam buku)
- Aktiviti: tindakan yang berkaitan (contoh, murid menulis cerita)
- Peristiwa: aktiviti yang berkaitan
- Objek: bangunan, perabot, peralatan, buku
- Tujuan: apa yang cuba dicapai
- Masa: masa, tempoh, kekerapan, turutan peristiwa dan aktiviti
- Perasaan: emosi dan tindakbalas terhadap individu, peristiwa, aktiviti dll.

Artifak: Dokumen, rekod, bahan dan peralatan
(i) Dokumen – guru boleh mendapatkan maklumat penting dengan menyemak semula dokumen. Dalam bilik darjah, silibus, kurikulum atau jadual boleh memberi maklumat.
(ii) Rekod – rekod peribadi pelajar
(iii) Kerja pelajar – guru boleh lihat kepelbagaian murid menjawab soalan, contoh untuk kerja murid, kerja murid yang tipikal
(iv) Perlatan, bahan dan kemudahan – buku, alat tulis, perabot, radas makmal, peralatan seni dan lain-lain boleh memberi kesan signifikan ke atas pembelajaran pelajar.

Soal selidik
(i) Untuk mendapatkan maklumat daripada sejumlah peserta yang ramai. Contoh, mendapatkan maklumat dari ibubapa
(ii) Menjalankan soal selidik
1. Menentukan tujuan, fokus dan peserta
2. Menjana atau mereka bentuk soalan
3. Respon – menyediakan format respon yang sesuai seperti dengan menggunakan skala berikut, bulatkan respon yang paling tepat; 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (neutral), 4 (setuju), 5 (sangat setuju)
4. Menyediakan maklumat reka bentuk kajian – beritahu respondan tujuan kajian dijalankan.
5. Percubaan – uji ketepatan ujian dengan mengadakan temubual dengan sebilangan peserta. Ubah suai soalan yang menimbulkan keraguan.
6. Mengendalikan soal selidik
7. Terima kasih kepada respondan
8. Analisa data

Maklumat kuantitatif: Data statistik dan data numerik
(i) Maklumat statistik menyediakan data yang relevan berdasarkan pentaksiran pembelajaran murid dan penilaian pencapaian guru. Selain itu, data statistik dan numerik juga dapat menjelaskan lagi fenomena yang berlaku dalam sesuatu kejadian contohnya bilangan murid perempuan dalam sekolah atau perbezaan pencapaian murid perempuan dan murid lelaki.
(ii) Jenis dan bentuk data kuantitatif
1. Pencapaian pelajar dalam ujian yang dibuat oleh guru setiap kali selepas habis sesuati sesi pengajaran
2. Ujian unit buku teks
3. Ujian umum – mengukur tahap kecerdasan, ciri-ciri personaliti, ujian oral dan pendengaran.
4. Kad laporan sekolah – menyenaraikan semua pencapaian pelajar dalam setiap subjek.
5. Rekod sekolah – menyediakan maklumat kuantitatif terhadap pencapaian, kebolehan, kelakuan pelajar.

Sorotan literatur
(i) Maklumat yang ada pada literatur yang mungkin berkaitan dengan kajian. Kajian kepustakaan ini dilihat sebagai sumber lain bersama-sama pandangan pihak berkepentingan (peserta) , pemerhatian yang membolehkan peserta kajian memahami isu yang sedang dikaji.
(ii) Pelbagai sumber seperti artikel akademik, jurnal akademik, buku dan lain-lain.
(iii) Maklumat yang didapati daripada kajian literatur digunakan sebagai sebahagian daripada proses refleksi dan analisis berterusan, maklumat yang akan dimasukkan untuk meningkatkan pemahaman dan bahan yang akan dimasukkan dalam laporan.

b. Teknik penganalisaan data


· Tujuan analisa data adalah untuk mengecilkan, menjelaskan kuantiti data yang besar dan memberi penjelasan dan meningkatkan kefahaman pihak yang berkepentingan mengenai isu kajian.
· Ada 2 pendekatan terhadap penganalisaan data
(a) Analisa isu dan pengalaman utama
(i) Pilih individu utama daripada setiap kumpulan pihak berkepentingan seperti murid, guru atau kakitangan.
(ii) Melihat semula data yang di dapati daripada individu yang dipilih.
(iii) Untuk setiap satu, kenalpasti isu yang berkaitan dengan kajian.
(iv) Kenalpasti ciri utama isu tersebut.
(v) Kenalpasti elemen pengalaman yang dikaitkan dengan setiap ciri.
(vi) Gunakan ciri dan elemen yang telah dikenalpasti untuk menghasilkan rangka kerja konsep dan idea yang menerangkan pengalaman setiap individu berdasarkan isu yang dikaji.
(vii)Membuat hubungkait: kenalpasti persamaan dan perbezaan antara ciri dan elemen dalam pengalaman setiap individu
(viii) Menggunakan rangka kerja untuk membuat laporan

(b) Pengkategorian dan 'coding'.
(i) Melihat semula data untuk setiap kumpulan pihak yang terlibat
(ii) Membahagikan data kepada unit-unit tertentu
(iii) Menghasilkan kategori, subkategori dan tema untuk mengenalpasti corak, hubungan serta kebiasaan dalam data
(iv) Mengaturkan perkara diatas kepada sistem kategori
(v) Melengkapkan analisis dengan maklumat daripada data bukan temubual.
(vi) Menggunakan sistem kategori untuk menyediakan konsep rangka kerja untuk menghasilkan laporan.

· Meningkatkan keberkesanan analisis data
(i) Menggabungkan analisis daripada pelbagai sumber termasuk maklumat kuantitatif untuk menyediakan asas untuk memahami dan menghasilkan penyelesaian efektif terhadap masalah kajian

· Analisis data secara kolaboratif
(ii) Kumpulan fokus berkerjasama untuk menganalisa data dan perkongsian maklumat.

6. Etika kajian tindakan


· Untuk melindungi kepentingan dan keselamatan peserta kajian supaya penyelidik tidak meletakkan peserta kajian didalam risiko secara langsung atau tidak langsung.
· Dalam kajian tindakan adalah penting untuk menganggap semua maklumat peserta kajian adalah sulit dan rahsia. Ini kerana berdasarkan sesuatu topik kajian, ianya melibatkan maruah dan harga diri peserta seperti penagihan dadah, penderaan fizikal dan lain-lain. Manakala jika hendak melaporkan maklumat yang telah dianalisa, hendaklah meminta kebenaran daripada peserta kajian, maklumat apa yang patut dikemukakan dan maklumat apa yang patut dirahsiakan.
· Kebenaran - biasanya tidak diperlukan apabila guru terlibat secara langsung dengan tugasnya dalam bilik darjah. Apabila guru terlibat dengan orang lain contohnya kakitangan sekolah, pelajarnya atau ibu bapa, guru hendaklah mendapatkan kebenaran secara rasmi untuk memulakan projek. Oleh kerana kajian tindakan adalah proses umum dimana kehidupan peribadi peserta kajian adalah berisiko, kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa seperti pengetua adalah dijamin. Dalam keadaan ini, guru perlu menyediakan maklumat mengenai proses kajian, tujuan kajian dijalankan dan etika apa yang akan dipertimbangkan dalam menjalankan kajian. Guru juga boleh melampirkan reka bentuk kajian untuk meminta kebenaran untuk meneruskan penyelidikan.
· Pemberitahuan izin- beritahu setiap peserta tujuan kajian, tanya samada mereka hendak menyertai, minta kebenaran untuk merekodkan maklumat yang mereka beri, yakinkan peserta kerahsiaan maklumat, beritahu peserta bahawa mereka boleh mengundurkan diri pada mana-mana peringkat dan maklumat yang diperolehi tidak akan dilaporkan dan meminta mereka menandatangani dokumen untuk mengesahkan kebenaran mereka.

7. Keboleh percayaan dan kesahan kajian tindakan


Kajian tindakan disahkan menerusi pengukuhan prosedur-prosedur berikut iaitu kredebiliti, boleh dipindahkan, kebolehpercayaan, kepastian, darjah penyertaan dan penggunaan. Semua ini dapat dicapai melalui:
· Usaha yang berterusan dan berpanjangan: penglibatan menyeluruh guru (penyelidik) sepanjang proses kajian dijalankan iaitu kekerapan berada di tempat kajian untuk mendapatkan kepercayaan daripada peserta kajian
· Pemerhatian yang berterusan atau berulang-ulang: tempoh masa temubual diantara 15-20 minit, jadi untuk mendapatkan maklumat yang terperinci dan tepat, temubual perlu diulang. Ini dilakukan untuk menambahkan ketepatan dan bahan yang sesuai oleh itu, guru perlu merekod bilangan dan tempoh masa yang digunakan sepanjang pemerhatian dan temubual.
· Triangulation: semua sumber data, termasuk tempat kajian, pemerhatian, temubual dengan peserta dan melihat semula bahan yang akan/telah digunakan. Sumber yang pelbagai dapat memberi banyak sumber yang cukup dan sesuai untuk membuat laporan sebagai penyelesaian kepada masalah yang dikaji
· Penerangan kepada peserta: peserta turut diberi penerangan supaya peserta lebih memahami tujuan kajian dijalankan sebagai proses untuk melihat semula prosedur kajian
· Analisis kes/data yang negatif: memastikan semua data diperiksa kerana kadangkala guru hanya memasukkan data peserta yang positif terhadap isu yang dikaji. Dalam keadaan ini,semua perspektif peserta diambilkira dan tanggapan daripada peserta yang penting atau berkuasa tidak meneggelamkan peserta yang lain.
· Kecukupan rujukan: bagaimana terminologi dalam kajian diolah daripada anggapan dan konsep yang bina daripada peserta.
· Semakan rakan: prosedur untuk menyemak ketepatan data dan kesesuaian analisa data dan laporan data. Peserta turut diberi peluang untuk melihat semula data mentah, data yang telah dianalisa dan laporan akhir supaya dapatan kajian dapat mewakili pengalaman dan perspektif peserta dengan menyeluruh dan tepat.
· Boleh diguna pakai: memasukkan huraian terperinci peserta dan konteks kajian supaya kajian yang dijalankan boleh digunapakai untuk setting kajian yang lain dan membolehkan orang lain ambil pengetahuan diperolehi daripada kajian.
· Kebolehbergantungan: menghuraikan proses kajian dengan terperinci supaya peserta boleh bergantung dengan hasil kajian.
· Kepastian: melihat atau menyemak semula semua data yang ada termasuk data mentah supaya peserta atau pemerhati lain dapat memastikan bahawa kajian ini dapat mewakili perspektif peserta secara menyeluruh dan tepat
· Penyertaan: had atau takat penyertaan peserta dalam proses kajian
· Penggunaan: sumber kesahan yang paling penting dalam kajian tindakan ialah penggunaan hasil atau output kajian, dimana peserta dapat menerangkan dan mentafsir sesuatu peristiwa yang membolehkan mereka mengambil tindakan efektif berkenaan isu yang dikaji supaya mereka boleh mengesahkan kajian yang telah dijalankan.

8. Penilaian keseluruhan terhadap buku ini
Buku ini sangat berguna bagi seseorang yang baru hendak berjinak-jinak melakukan kajian tindakan. Isi kandungan buku ini juga disusun dari tujuan menjalankan kajian tindakan, kaedah dan paradigma kajian tindakan, rekabentuk kajian, pengumpulan data, analisis data, membuat laporan, tindakan yang perlu dilakukan, kajian kes dan sumber-sumber dalam talian mengenai kajian tindakan. Oleh itu, bagi seorang beginner dalam kajian tindakan, saya dapat memahami peringkat demi peringkat yang terlibat dalam kajian tindakan. Namun begitu, untuk mendapatkan pemahaman penuh mengenai kajian tindakan, seseorang perlulah membaca buku ini berulang kali.

0 comments: