CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 24, 2009

Tugasan 2: Ulasan dan analisis artikel jurnal

Lakukan perbandingan (persamaan dan perbezaan), penganalisaan, penilaian, perumusan dan pengsintesisan dari segi sampel, setting, prosedur kajian tindakan, pengumpulan dan penganalisaan data yang telah ditulis oleh penulis artikel

1. Ahrens, B. C. 2005. Finding a new way: reinventing a sixth-grade reading program. International Reading Association: 642-654.
2. Brown, H. 2004. Action research in the classroom: a process that feeds the spirit of the adolescent. International Journal of Qualitative Methods 3(1)
3. Lyle, S. 2003. A study of the academic productiveness of a daily thirty-minute choice period for six kindergarten children. Wisdom of Practice: An Online Journal of Action Research.

Perbandingan (perbezaan dan persamaan) dan analisis

1.Sampel
Kajian Ahrens (2005) melibatkan keseluruhan murid gred 6 disekolahnya dan guru-guru bahasa inggeris yang mengajar kelas tersebut, Brown (2004) menjalankan kajian ke atas 16 orang pelajar berusia 13-14 tahun yang terdiri daripada 7 perempuan dan 9 lelaki, manakala Lyle (2003) memilih 6 orang kanak-kanak tadika yang terdiri daripada 2 orang kanak-kanak berpencapaian akademik tinggi, 2 sederhana dan 2 pencapaian akademik rendah. Terdapat sample kedua iaitu 2 orang guru tadika


2. Setting
Ahrens (2005) menjalankan kajian tindakannya di middle school California utara (bilik darjah), manakala Brown (2004) menjalankan kajian tindakan di middle school iaitu sekolah beliau bertugas (bilik darjah) dan Lyle (2003) menjalankan kajian tindakan di tadika tempatnya mengajar (bilik darjah).

3. Prosedur
Ahrens (2005) menentukan masalah yang wujud dalam tindakannya dalam kelas Bahasa Inggeris di bawah kendaliannya. Beliau ingin melaksanakan program baru yang dipelajari di universiti, untuk meningkatkan kemahiran muridnya untuk membaca. Seterusnya beliau menentukan cara untuk membuat penilaian terhadap tahap pembacaan murid. Kemudian beliau memperkenalkan dan menerangkan kaedah mengajar baru kepada guru setiap guru kelas termasuklah cara untuk mengumpul data ke atas perkembangan setiap pelajar. setelah itu beliau dan guru-guru lain melaksanakan program baru ini kepada pelajar. selepas itu, beliau mula mengumpul data dan penganalisaan data. Ahrens telah menggunakan pendekatan analisa isu dan pengalaman utama iaitu memilih sekumpulan pelajar yang tertentu, melihat semula data yang diperolehi serta membuat hubungkait antara pencapaian pelajar dengan isu utama. Ahrens juga menyatakan kelemahan program baru yang telah dilaksanakannya dan mengubah cara asal pelaksanaan, ini telah masuk ke kitaran kajian tindakan yang kedua.

Brown (2004) menyatakan permasalahan (fokus) yang hendak dikaji iaitu untuk memupuk semangat dan menyuburkan jiwa remaja bagi membentuk persepsi kendiri yang positif, dan menyatakan peserta yang terlibat dalam kajian tindakannya. Brown juga membuat kajian literatur mengenai masalah ini yang pernah dikaji oleh penyelidik terdahulu, menetapkan fokus dan bentuk (kaedah) kajian, mendapatkan kebenaran (etika kajian). Kemudian beliau menjalankan aktiviti didalam kelasnya, seterusnya data mula dikumpul melaui soalan yang dikemukakan oleh Brown. Untuk menganalisa data (bacaan jurnal pelajar dan temubual), Brown mengkategorikan data yang diperolehi kepada tema-tema tertentu yang seterusnya digabungkan menjadi satu tema yang besar. dengan mengadaptasikan peringkat kualitatif Creswell (2002), Brown boleh megemukakan satu tema dalam data yang banyak. Melalui analisa data, Brown menemukan penyelesaian kepada fokus kajian ini.

Lyle (2003) menentukan permasalahan yang akan digunakan dalam kajian tindakannya (menentukan samada kanak-kanak tadika mendapat manfaat dari segi akademik daripada aktiviti bebas 30 minit), memilih peserta kajian dengan mendapatkan tandangan kebenaran ibubapa muridnya, menentukan cara untuk mengumpul data iaitu dengan pemerhatian, temubual dan melihat dokumen murid, membuat kajian kepustakaan terhadap hasil kerja penyelidik terdahulu, mempersembahkan data, menganalisis data dengan menganalisa isu dan pengalaman utama dan membuat kesimpulan keseluruhan ke atas kajian tindakannya.

4. Pengumpulan data
Ahrens (2005) membuat pengumpulan data melalui data kuantitatif, temubual, pemerhatian, data kualitatif (melalui refleksi kendirinya). Brown (2004) membuat pengumpulan data melalui jurnal yang dibuat sendiri oleh pelajarnya, setelah itu beliau membuat temubual dengan pelajar tersebut. Lyle (2003) pula membuat pemerhatian sendiri secara langsung dan rakaman kamera video, gambar artifak, dokumen, hasil kerja dan penglibatan murid pada setiap aktiviti dan temubual dengan 6 orang kanak-kanak ini.

5. Analisa data
Ahrens (2005) membuat analisa isu dan pengalaman utama dan analisa data kualitatif, Brown (2004) menganalisa data dengan mengkategori dan coding mengikut tema tertentu, analisa isu dan pengalaman utama dan jurnal yang merupakan refleksi kendirinya manakala Lyle (2003) menganalisa isu dan pengalaman utama dan data yang diperolehi daripada pemerhatian dan kamera video.

Penilaian

1. Sampel

-ketiga-tiga penulis telah memilih sampel yang tepat iaitu peserta kajian yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Disamping itu, pemilihan sampel atau peserta juga dibuat mengikut etuika tertentu kecuali Ahrens yang tidak menyatakan etika untuk pemilihan sampel.

2. Setting

- penulis telah membuat kajian tindakan di sekolah tempat mereka mengajar dan di dalam kelas mereka sendiri.

3. Prosedur

-berdasarkan buku Action research in Education oleh Ernie Stringer, ketiga-tiga penulis telah mengikut prosedur yang dikemukakan dalam buku ini. Namun, mungkin berbeza dari segi cara pengumpulan data dan pendekatan analisis data.

4. Pengumpulan dan penganalisaan data

- cara pengumpulan dan penganalisaan data yang dikemukakan oleh ketiga-tiga penulis adalah benar mengikut kepada buku Action Research in Education kerana kaedah yang dipraktikkan ada dinyatakan dalam buku ini.

0 comments: